Tuesday 14 October 2008

Kenapa kita bekerja


Salam semua, hah, dah penat beraya sakan so minggu ni ramai yang dah habis pon puasa enam. Saya? Macam biasa, azam ada, tapi, tinggal azam. Hehehe.
So, baru petang tadi saya mendapat cetusan dari seorang pakar.. juga seorang professor yang hebat di dalam bidangnya berkenaan kenapa kita bekerja. Dia memberi skala likert dari 1 hingga 5 di mana:
1 - kerana terpaksa
2 - kerana kena suruh
3 - kerana tanggungjawab kepada diri sendiri dan keluarga
4 - kerana suka bekerja
5 - kerana nikmat bekerja


Hmm.. pilihlah yang mana satu di mana kita .. kalau nombor 1 dan 2 tu, rasanya hari-hari sebelum pergi kerja dok pikir macam-macam alasan untuk tak nak pergi kerja, tambahan rasanya seksanya nak pergi kerja.. mungkin jauh, jem, bos pulak suka melenting, keje ntah apa, gaji? kecik pulak tu... fuhhhh... sedih juga kalau kita pilih nombor 1 dan 2 ni, baik berenti je la.. dok diam-diam, pikir dalam-dalam, nanti bertemulah jawapan, insyaAllah

2 comments:

Cikli said...

salam,

ada bos kawe dulu dia tanya kenapa kita belajar? dia jawab sediri sebab belum cukup umor nak kerja.
point dia, belajar apa pun kerja belum tentu practice, satu lagi ngaji tinggi2 tp report dekat bos yang kadang2 nth apaapa ntah.

jai said...

salam cikli,

biasala kalau bos yang rasa diri dah hebat, pandangan anak buah pon macam bola je, boleh ditendang-tendang, tak pon dok dalam stor...
pada saya, belaja ni untuk gerakkan gear dalam otak tu, kalau tak, berkarat, bila keje, nasible dapat bos macam mana, kalau tak nak bos, jadi business 'meng' (kata org ganu). apapon kita orang biasa saja. thanks.