Monday 22 November 2010

Kisah di hospital

1. Salam, dah mencecah hampir 2 tahun meninggalkan dunia blog. Bukan membaca tapi menulis. Membaca blog ni kira sangat aktif, hampir mana-mana blog yang menarik akan dibaca untuk menambah pengetahuan dan mencari maklumat.



2. Beberapa bulan lepas, aku ke hospital mengunjungi ibu seorang sahabatku yang dimasukkan ke hospital kerana strok. Kesian jugakla, boleh bayangkan kalau kena kat mak sendiri. Apa yang doktor buat? Banyak tapi kebiasaannya ada darah yang tersekat dalam kepala, so kena operatelah untuk keluarkan darah tu.



3. Aku masuk je wad tu, tengok kebanyakan semua pesakit samada ada rambut atau separuh botak. Ye la, kena cukur untuk dibedah. Alhamdulillah mak sahabat aku ni segar bugar walaupun baru 2 hari dioperate. Boleh bercakap sikit-sikit. Banyak yang nak diperkata tapi akibat pembedahan itu, percakapan agak terbatas. Kesian..



4. Apapon aku respek giler bila tengok semangat mak sahabat aku ni, manakan tidak, selamba je dia gi toilet sorang2. Tu member aku cerita la.. Kire macam dia tak terasa pon yang dia tak sihat. Agaknya kalau kena kat kita la, agak2 boleh ke semangat macam ni?



5. Haa, dah lupa nak cerita. Sebenarnya masa aku tengah jaga mak sahabat aku ni, datangla pembantu hospital membawa makanan untuk semua pesakit di situ. So, masa tu sahabat aku gi solat jap. Aku pon tolong la mak sahabat aku ni untuk ambikkan makanan. Ingat nak tolong suap, tapi mak dia memang hebat, dia kata takpe, boleh buat sendiri. So, aku rapatkan tray pada katil dan dia pon suaplah dengan sendiri. Hebat betul makcik ni, kalau aku, hmm... ntahle, larat ke tak nak makan dan suap sendiri..



6. Di satu sudut aku nampak seorang lelaki tanpa sapa2 di sekeliling sedang berbaring. Oh ya dalam wad tu, terdapat 3 bahagian di mana satu bahagian untuk yang severe, kemudian moderate dan yang satu kira OK sikit. So, mak sahabat aku ni dok dalam bahagian moderate. Kebanyakan katil pesakit ada pelawat masing2 kecuali satu katil yg aku nampak tu. Dari raut wajahnya agak sayu dan aku rasa dia mesti nak makan bila makanan dah terhidang dalam tray hadapannya.



7. Aku ingat nak tolong la gi tanya, samada ada orang yang jaga dia ke tak. Mamat ni bangsa cina dan rasa aku umur dalam 30an. Tengah aku dok pkir nak gi kat mamat tu, tiba2 datang la pembantu hospital yang dah siap kerja dia bagi makanan kat semua pesakit, dok sebelah mamat tu. Fuh, seumur hidup aku, ni la kisah yang paling aku terharu dan respek. Pembantu hospital (bangsa india) datang duduk dekat mamat tu dan tolong suap satu demi satu sampai habis semangkuk bubur. Inilah yang dikatakan hati yang sangat2 mulia. Memang kalau lihat raut wajah mamat tu memang ceria lepas makan dan rasanya memang dia perlukan orang untuk suapkan dia kerana tidak bermaya.



8. Aku rasa kalau ada award memang kena bagi kat pembantu makmal tu. Itu yg aku nampak hari tu, ntah berapa orang yang dia tolong selama ini. Ye la, pesakit silih berganti. Dan orang yang jaga pesakit kadang ada kadang tiada. So banyaklah yg aku belajar dari kisah ni. Tak semestinya kita ni mampu untuk melakukan apa yang pembantu makmal itu lakukan.

Thursday 23 October 2008

susah betul nak maintain


ada sorang member bagitau, kalau ada blog, kene maintain, setakat ada je, tapi berbulan-bulan tak maintain memang buat menyemak...
hehehe, biasala, kita ni orang biasa.. orang buat kita pon nak try jugak.. memang payah nak maintain. kelmarin saya tengok movie finding forrester, lakonan sean conery (betul ke eja tu?), dia kata, nak mula menulis ni kene terus je menulis, jangan pikir-pikir, sebab yang kita tulis tu datang dari hati.
then lepas siap first draft, so baru pikir... hmm, betul jugak kata mamat nih.. selalunya memang nak menulis ni kita pikir banyak sangat sampai tak tertulis... hahaha, itulah orang biasa.. basikal tua , hahaha

ni satu lagi, pepatah jepun lama ada mengatakan, kerana sebatang paku, rosaklah satu ladam, kerana ladam rosak, tak dapatlah nak guna kuda, kerana kuda tak boleh digunakan, tak dapatlah nak hantar utusan, sebab utusan tak dihantar, maka kita kalah perang... (
tokyo drift), dalam maksudnya tu.. so, pikir-pikirkanlah

Tuesday 14 October 2008

Kenapa kita bekerja


Salam semua, hah, dah penat beraya sakan so minggu ni ramai yang dah habis pon puasa enam. Saya? Macam biasa, azam ada, tapi, tinggal azam. Hehehe.
So, baru petang tadi saya mendapat cetusan dari seorang pakar.. juga seorang professor yang hebat di dalam bidangnya berkenaan kenapa kita bekerja. Dia memberi skala likert dari 1 hingga 5 di mana:
1 - kerana terpaksa
2 - kerana kena suruh
3 - kerana tanggungjawab kepada diri sendiri dan keluarga
4 - kerana suka bekerja
5 - kerana nikmat bekerja


Hmm.. pilihlah yang mana satu di mana kita .. kalau nombor 1 dan 2 tu, rasanya hari-hari sebelum pergi kerja dok pikir macam-macam alasan untuk tak nak pergi kerja, tambahan rasanya seksanya nak pergi kerja.. mungkin jauh, jem, bos pulak suka melenting, keje ntah apa, gaji? kecik pulak tu... fuhhhh... sedih juga kalau kita pilih nombor 1 dan 2 ni, baik berenti je la.. dok diam-diam, pikir dalam-dalam, nanti bertemulah jawapan, insyaAllah

Wednesday 27 August 2008

Bermulanya disini


Assalamualaikum,

Izinkan saya memulakan bicara blog ini dengan kesyukuran ke hadrat ilahi dengan mengurniakan ilmu yang tidak terhingga untuk memanfaatkan kisah hidup dan pengalaman seharian.
Rasanya pelabagai perkara yang telah kita lakukan untuk meneruskan kehidupan tetapi adakah kita sedatr bahawa segalanya datang secara sedar atau tidak sedar. Kadang-kadang kita hanya bangun untuk ke tempat kerja di mana rutin seharian adalah sebegitu. Kalau difikirkan sekali, alangkah penatnya mencari rezeki di bumi ini. Tapi, fikir dua kali, alangkah besarnya nikmat kurniaanNya pada kita. Dalam dunia ini, inginkan sesuatu, haruslah berusaha. Nak makan pun kena suap. Nasi takkan terbang ke mulut kalau tangan kita tak menjamah dan suap ke mulut. Lagipun hanya isyarat lapar yang dihantar dari perut supaya kita makan, sebaliknya, kita akan teruskan kerja atau aktiviti kita sekiranya tidak lapar!!! Okayla, ini hanyalah mukaddimah sebelum diteruskan dengan pengalaman seharian dan yang sudah lepas.