
ada sorang member bagitau, kalau ada blog, kene maintain, setakat ada je, tapi berbulan-bulan tak maintain memang buat menyemak...
hehehe, biasala, kita ni orang biasa.. orang buat kita pon nak try jugak.. memang payah nak maintain. kelmarin saya tengok movie finding forrester, lakonan sean conery (betul ke eja tu?), dia kata, nak mula menulis ni kene terus je menulis, jangan pikir-pikir, sebab yang kita tulis tu datang dari hati.
then lepas siap first draft, so baru pikir... hmm, betul jugak kata mamat nih.. selalunya memang nak menulis ni kita pikir banyak sangat sampai tak tertulis... hahaha, itulah orang biasa.. basikal tua , hahaha
ni satu lagi, pepatah jepun lama ada mengatakan, kerana sebatang paku, rosaklah satu ladam, kerana ladam rosak, tak dapatlah nak guna kuda, kerana kuda tak boleh digunakan, tak dapatlah nak hantar utusan, sebab utusan tak dihantar, maka kita kalah perang... (tokyo drift), dalam maksudnya tu.. so, pikir-pikirkanlah